Wednesday, September 24, 2008










innalillah hiwainna lillahirajiun...
Tok Sibun terduduk.Lembik kaki tangan.Lemah seluruh badan.Selepas azan subuh pagi jumaat tok kiah mat kelepek ketuk pitu rumah Tok Sibun.
"Teh Tam dah tak dak.pukul 3 pagi tadi.Nak simpan lepas zohor."

Tok Sibun terkunci mulut.Hanya bibir merekahnya yang terkumit-kumit menerima khabar duka itu.Tok Sibun terkejut.Sepatut dia yang pergi dulu bukan Teh Tam.

Monday, September 15, 2008









Guru-guruku yang sama-sama memikul amanah

Sunday, September 14, 2008

sitra dewi II
perjalananmu semakin meletihkan
memijak kerikil-kerikil tajam
berdarah hampir bernanah
terjurai peluh-peluh kasar ditubuhmu
menggalas keperitan kehidupan

di manakah kesentosaan yang dicari
di manakah himpunan gumpalan kata janji
di manakah dewamu itu
yang memugar kasih menyemai sayang

wajahmu sitra dewi
mengungkai ceritera penuh keliru
antara nyata dan hayalan
antara benar dan mimpi malam



akulah

kau insan lahir dari lata rindu
hadir dengan sepesan harapan
Kepadaku hamba Tuhan sejelik rama-rama hilang sayapnya

kita pernah himpunkan aksara memalit kasih
Kita pernah himpunkan aksara mencubit sayang
membebat luka yang kadangkalanya bernanah
menyumpah menyampah penuh jampi serapah

Maka akulah ketika ini
Memaut ketipuk yang dampar sementara
Di alur sungai mengalir lesu

Saturday, September 13, 2008


LAWATAN KE KELANTAN