Friday, September 2, 2011

Sebuah buku catatan kisah hidupku

Tuesday, March 1, 2011



Sejarah Pendidikan.
1965 - Sekolah Kebangsaan Jitra
1971 - Sekolah Menengah Jitra (Remove)
1976 - Sekolah Menengah Jitra (Form Five)
1979 - Maktab Perguran Temenggong Ibrahim
2006 - Universiti Utara Malaysia

Thursday, January 20, 2011

Saturday, February 27, 2010


PELANCARAN KEMPEN TOPI KELEDAR GENTING
Oleh Timbalan Menteri Kewangan
Di Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu

Seramai 500 orang murid dari 10 buah sekolah di Daerah Langkawi terlibat dengan pemberian topi keledar percuma oleh Genting dengan usahasama MKJR dan JKJR negeri Kedah.









Thursday, December 31, 2009

TIGERWOOD LANGKAWI


Sukan yang aku mampu main sekarang.Dulu boleh gak main bola.Biladah umur 50 ni dah tak boleh lari dah.

DI MANAKAH MEGAT PISOL

setiap kali aku balik ke jitra orang yang aku selalu cari adalah Megat Pisol.Orang yang low profile macam aku juga di sekolah.Tak banyak orang kenal.Tak jahat dan tak aktif.Dalam kelas pun dok di belakang.Biasa tidur rumah dia musim durian.Sama-sama kutip durian luruh.Buang langsat sampai jemu.
Mohiddin Othman,Hamsan dan Nordin Ahmad sekampung.Naik gerek sekali mai sekolah.Rumah dalam dusun.Aku pernah kegrabat poko langsat rumah mohiddin.Last jumpa Hamsan masa dia kerja kat penilaian.
TK Megat.TK Mohiddin Din dan Hamsan.

KAWAN LAMA SMJ





YAAKOB HAMBALI


Aku Pernah tidur rumah dia di KL.Masa tu dia jual kulit.Entah macamna waktu aku merantau kat kl terjumpa dengan dia.Dia bawa aku pi tumpang rumah dia.Rumah setinggan kat ulu kelang.Yang bestnya hari-hari makan nasi dengan sadin campur tanghun.Lapar punya pasai bedal serupa je.lagi best bila nak melepas.Pakai tembak belakang rumah tepi pokok .kah kah kah.Itulah kawan aku yaakob Hambali.Bila di bendang kelubi dia dah tak cam aku.Mungkin tak cam sampa sut.TK Yaaakob


ISMAIL TAIB Swadeekap....Hari-hari jalan kaki dengan dia pi SMJ.Walaupun aku 'Form"tapi aku kawan dengan 'Tingkatan'...Aku naik gerek besar..pelantar pun besar.Singgah rumah dia dan berjalan bersama ikut jalan tanah merah sampai sekolah.Masa tu terpaksa jalan melalui tepi rumah norsaid yusof.Kawasan rumah dia cakap siam.Sampai hari d bendang kelubi pun dok bantai cakap siam juga dengan sarud.Dia pun jenuh nak cam aku walaupun dok makan nasi satu hidang rumah dia. TK Ismail TAIB

Sorry silap "bin"

Monday, December 28, 2009

BENDANG KELUBI

Himpunan hari ini adalah
senyuman dan tawa riang
insan-insan terpisah dan memisah
antara dekad dekad waktu yang berlalu.

Ku lihat rentak wajah yang lupa
lupa pada segala ceritera lama
lupa pada raut wajah yang dulunya....
comel dan ayu
tegap dan perkasa

Himpunan hari ini adalah
menghimpun nostalgia usang
sejak lelaki berseluar pendek
perempuan berskirt puteh
menghimpun jurang-jurang mat saleh dan kemelayuan.

Masih ada tulisan yang tak lengkap
masih ada garisan yang belum lurus
masih ada debu di serambi
masih ada kasar-kasar habuk di anjung

kita lengkapkan tulisan yang mungkin payah
kita luruskan garisan yang mungkin rapuh,patah di penghujung
kita sempurnakan segala-galanya.

Saturday, December 26, 2009