Wednesday, September 24, 2008
innalillah hiwainna lillahirajiun...
Tok Sibun terduduk.Lembik kaki tangan.Lemah seluruh badan.Selepas azan subuh pagi jumaat tok kiah mat kelepek ketuk pitu rumah Tok Sibun.
"Teh Tam dah tak dak.pukul 3 pagi tadi.Nak simpan lepas zohor."
Tok Sibun terkunci mulut.Hanya bibir merekahnya yang terkumit-kumit menerima khabar duka itu.Tok Sibun terkejut.Sepatut dia yang pergi dulu bukan Teh Tam.
Monday, September 15, 2008
Sunday, September 14, 2008
sitra dewi II
perjalananmu semakin meletihkan
memijak kerikil-kerikil tajam
berdarah hampir bernanah
terjurai peluh-peluh kasar ditubuhmu
menggalas keperitan kehidupan
di manakah kesentosaan yang dicari
di manakah himpunan gumpalan kata janji
di manakah dewamu itu
yang memugar kasih menyemai sayang
wajahmu sitra dewi
mengungkai ceritera penuh keliru
antara nyata dan hayalan
antara benar dan mimpi malam
perjalananmu semakin meletihkan
memijak kerikil-kerikil tajam
berdarah hampir bernanah
terjurai peluh-peluh kasar ditubuhmu
menggalas keperitan kehidupan
di manakah kesentosaan yang dicari
di manakah himpunan gumpalan kata janji
di manakah dewamu itu
yang memugar kasih menyemai sayang
wajahmu sitra dewi
mengungkai ceritera penuh keliru
antara nyata dan hayalan
antara benar dan mimpi malam
akulah
kau insan lahir dari lata rindu
hadir dengan sepesan harapan
Kepadaku hamba Tuhan sejelik rama-rama hilang sayapnya
kita pernah himpunkan aksara memalit kasih
Kita pernah himpunkan aksara mencubit sayang
membebat luka yang kadangkalanya bernanah
menyumpah menyampah penuh jampi serapah
Maka akulah ketika ini
Memaut ketipuk yang dampar sementara
Di alur sungai mengalir lesu

Saturday, September 13, 2008
Sunday, August 10, 2008
Monday, July 28, 2008
di garis itu
Pertemuan sesingkat cuma
menyuburkan rasa rindu yang amat perit
membasahi ungkapan semalam
sesekali terbang bersama desiran angin pilu
pahlawan manakah yang akan gagah
perwira manakah yang sanggup bertahan
menepis rindu yang abadi
di sudut kecil itu
kau terhias bagaikan bidadari
harum semerbak bak kuntum kasturi
mengukir senyum tersimpuh nan puteri
menjadi kenangan abadi nan abadi
di sudut kecil itu
antara tangga hati dan rindu
menceritakan seribu kisah kasih
yang tersirat di sebalik ungkapan kelu
hari-hari yang berlalu
adalah hari itu

Saturday, July 26, 2008
Guru Dari Kampung Seberang
Pernah sekali kau titiskan airmata
menongkah arus gelombang harmoni
lantas kau terpenjara
Ketika itu disisimu hanyalah airmata ibu
bersama kesepian dan kesedihan yang memilukan
yang menjalar pada setiap urat nadi halusmu
lantaran dendangan waktu yang celaru
mata redupmu
membayangkan kesiksaan aduhai kesiksaan
ibarat jatuhnya embun pagi pada hamparan tanah kontang
hilang bersama rongga-rongga tanah kering
Hari ini
aku mendoakan kau guruku
guru kampung seberang
dengan suntikan semangat kesedaran
disaluti kilauan permata dan kegemilangan
tatkala kau semakin matang diri
dalam dunia guru abadi
Semoga kau guruku
menjadi seorang pelukis
melakarkan garis-garis perasaan
pada helaian putih bersih kertas cita-cita
mewarnakan ilmu dengan berus pengalaman
agar terpamer lukisan kehidupan
sksm
2.50 petang

Monday, June 16, 2008
Sebuah rumah di tepi bendang.Ada pokok-pokok kecil menjalar melintasi pagar usang.Ada belalang-belalang bendang berterbangan.
Dalam rumah kayu tepi bendang,ada sebuah hati terjerut dengan kisah kasih berpanjangan.Menongkah arus perasaan tak bertepian.Mimpi-mimpi malam yang menggerunkan.
Ada sayang di sebalik kasih.Ada kasih di sebalik sayang.Namun Sanggheta tetap bertanya.Sanggheta masih tak percaya.Memikul kesangsian tak berkesudahan.
Kadang-kadang Sanggheta merajuk bagai belalang patah jemari kecilnya.Kadang-kadang Sanggheta menghilang diri bagai ........bersambung

RABiATUL AMinaTUN
Kadangkala menapak dan bertatih
cerita lama yang menjadi sejarah
pada sebuah sekolah lama
di sebalik bukit tua
di sebuah pulau penuh ceritera
Rabiatul Aminatun....
Seorang ibu muda berhati mulia
seorang kerani biasa
melangkah longlai memulakan kerja
bersama wajah redup nampak terpaksa
meninggalkan keriuhan dan kesibukan kota
berkampung bermukim bermimpi sengsara
di kampung hujung di pulau purba
Dalam kepiluan dan kesayuannya
ada pelangi membayangi cahaya
mengutip rasa hati yang masih bersembunyi
membekam rasa sayang yang terlarang
Redup senja dan irama ketitir
melupakan kisah duka Rabiatul
yang saban malam ditemani lolongan anjing liar
ketika-ketikanya tanpa himpitan suami
bila langkah dan tatihnya seirama
sesantun harapan sebuah hati yang tak jemu memerhati
Rabiatul menyusun senyum-senyum tertib
bila ada bisikan hati kasih nan sayang
melewati hari-harinya yang penat
Rupanya ada kesentosaan di sebalik jerih duka
rupanya ada cerita di sebalik jelingan manja
tercalit dan tercatit dalam hati sucinya
Rabiatul Aminatul kerani biasa
kini 12 tahun berlalu....
cerita lama yang terukir di pulau tua
tiada terhakis nan terkikis
antara masa dan jauh berbatu
Rabiatul menggenggam mutiara kenangan
walaupun ceritanya pernah terbaca
tersongsang bak ketitir hilang haluan
tergoncang istana terbina
kusut dan memeritkan
Dia adalah insan mulia
berkasih dan berkekasih
memaut kesejahteraan dan kesentosaan
dalam menyusur alur kehidupan
bersama kasih dan kekasih
arj/uum/4.45ptg/16jun08

ALUR KESETIAAN
Ketabahanmu sitra dewiku
adalah kesopanan yang amat ikhlas
memanjakan diri dalam sembunyi
meraung kasih dalam hati sayu
merangkak mencari titik bercahaya
ketika seorang insan menabur kasih
hatimu terus bercelaru
antara pilih dan memilih
antara kasih dan kekasih
alur kesetiaanmu terlalu kukuh
bagaikan lela dan majnun
bagaikan cempaka sari di laman angsana
kini Sitra Dewiku
terbenam di selut kemelut
kelam menjerut kesejahteraan
gelita mengumpal kesentosaan
hingga kehidupan dicengkam sengsara
menanti alir kedamaian nan kebahgiaan
menjernih kekeruhan mencuci kehitaman
kembali manusia menjadi manusia
arj/uum/16jun08
Saturday, June 14, 2008
AKU DAN aku
Tuesday, June 10, 2008
Sitra Dewi
Jauh di seberang bendang
termenung panjang sitra dewi
sambil melabuh batik lusuh
bersama igauan mimpi semalam
sitra dewi dalam kecelaruan
mengisi perjalanan hayat
tanpa jambatan lusuh
tanpa harapan
bagai sinar matahari menuju senja
termenung panjang sitra dewi
sambil melabuh batik lusuh
bersama igauan mimpi semalam
sitra dewi dalam kecelaruan
mengisi perjalanan hayat
tanpa jambatan lusuh
tanpa harapan
bagai sinar matahari menuju senja
Monday, June 9, 2008
TOK SIBUN
Tok Sibun berjalan melangkah lopak-lopak air di sepanjang jalan.Hujan lebat baru saja berhenti.Cuaca masih redup dan rasa dingin turut menusuk tulang hitam.Tok Sibun masih mahu terus berjalan. Tok Sibun masih tak kecewa.Tok Sibun tak peduli apa orang kata.
Di hujung kampong nampak kabus mula menerjah perlahan-lahan melalui daun-daun kelapa yang sesekali menebar lenggok ke kiri ke kanan.Burung-burung merbah terloncat-loncat dari dahan ke dahan sambil melihat lenggok-lenggok itik yang pulang setelah puas menyodok lumpur di sawah.
Tok Sibun terus berjalan sambil mengunyah puting rokok daun nipah yang hampir putus.Masin,manis air tembakau jawa yang sekali-sekali tok Sibun tertelan sampai ke perut.Tok Sibun tetap berjalan walaupun kaki kematunya dan mula terasa kebas.
Tok Sibun tau dia sudah tua.Umur sudah separuh abad.Tok Sibun dah tak sekuat dulu semasa umur 30an.dulu Tok Sibun boleh menyangkul sampai ke petang.Boleh tajak batas bendang sampai 5 relung.Tok Sibun kuat sungguh masa tu.Kuat semua.
Dalam fikirannya kini Mak Teh Tam anak tok Mat Gelam mesti dimilikinya.Mesti jadi bininya walaupun Mak Teh Tam masih muda.Tok Sibun tak peduli.Tok Sibun rasa dia masih mampu.Sekurang-kurangnya mampu bagi Mak Teh Tam tersenyum bila bertemu muka Tok Sibun waktu pagi malam pertama.
Sewaktu musim menuai padi , 2 musim yang lalu ,Tok Sibun pernah berselisih faham dengan Mak Teh Tam.Mak Teh Tam cerca Tok Sibun.Mak Teh Tam kata tok Sibun macam-macam.Tok Sibun suka mengorat anak dara.Suka mengintai.Suka pandang perempuan sungguh-sungguh.Macam-macam Mak Teh Tam sumpah.Mak Teh Tam benci sungguh.
Tok Sibun memang jahat pun.Nakal sangat-sangat.Memang betul pun Mak Teh Tam marah.Sesuai betul Mak Teh Tam benci,meluat dan menyampah.Tok Sibun memang layak dibuat begitu.
Walaupun Mak Teh Tam marah,benci dengan perangai tok Sibun namun di hatinya masih ada rasa kasih.Mak Teh Tam cinta tok Sibun macam dalam drama TV yang selalu dia tengok.Mak Teh Tam tak bergaduh lama.Oleh kerana masih ada rasa sayang pada tok Sibun ,Mak Teh Tam terima juga tok Sibun .
Sebaik sahaja matahari melabuh di ufuk timur,Tok Sibun tiba di rumah Tok Chin Mata Merah.Tok Chin masih berkain cukin menghalau ayam-ayam peliharaannya masuk ke reban.Tok Chin nampak tok Sibun sampai di laman rumahnya, tapi tok Chin tak peduli langsung.Memang itulah sifat Tok Chin.Tok Chin bukan sombong.Tok Chin memang perangai macam tu.
“ Juallah ayam-ayam tu.Boleh buat modal pergi ke pekan beli kain pelikat cap gajah”.
Tok Chin tak peduli langsung kata-kata tok Sibun.Tok Chin leka dengan ayamnya yang hampir setengah rebannya.
Tok Sibun dan faham sangat perangai tok Chin.Kadangkala tok Sibun rasa bercakap dengan dinding buluh rumah Tok Chin.Tok Sibun tak ambil kisah perangai Tok Chin.
Di penjuru rumah Tok Chin ada pelita minyak tanah yang sumbunya hampir kulup.Tok Sibun menyalakan lampu minyak tanah untuk menerangi malam yang mulai meninggalkan siang yang memenatkan Tok Sibun.
“Ada nasi dalam periuk atas dapur tu.Kalau nak makan kenalah perangat.Lauk ada bawah tudung.”
Tok Chin terus berjalan ke biliknya yang tak terurus untuk sembahyang maghrib.

Saturday, June 7, 2008
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MENGHULU
Peristiwa bulan Jun
12,13,14 Julai : Perkhemahan Badan Beruniform
Padang Sekolah
19 jun 2008 : Pelancaran Hari Guru Peringkat Daerah di Dewan Sekolah Menengah Teknik Langkawi,jam 3.00 petang
Julai
9 Julai 2008 : Hari Anugerah Bestari
SK Sungai Menghulu
Perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi

Subscribe to:
Posts (Atom)